�Pantau kedai besi buruk�
BERITA harian
Berita Nasional
KUALA LUMPUR: Agensi yang terbabit dalam pengeluaran lesen perniagaan barangan lusuh, diminta menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan secara lebih agresif di kedai besi buruk bagi mengelak pembelian besi curi.
| |
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma�amor Osman, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepatutnya mengetatkan syarat pengeluaran lesen, termasuk mewajibkan penggunaan papan tanda sah manakala pekerja memakai baju yang tertera nama syarikat.
Beliau berkata, pemohon juga perlu menyediakan wang deposit yang tinggi untuk membuka kedai menjual barangan lusuh sebagai jaminan tidak akan terbabit dalam pembelian barangan curi.
�Peraturan permohonan lesen perlu dikaji semula bagi memastikan pemberian lesen tidak dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya kerana ketika ini kita dapat melihat banyak kedai besi buruk dibuka, teru tama berhampiran kawasan perumahan dan mengganggu ketenteraman penduduk.
�Masalah kecurian besi yang semakin berleluasa ini menunjukkan kegagalan pihak terbabit memantau aktiviti yang dijalankan kedai terbabit.
�Kami juga mengesyaki kegiatan membeli besi curi didalangi segelintir individu yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap,� katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas kejadian pencuri besi buruk yang semakin keterlaluan hingga mengancam keselamatan orang awam.
Kegiatan itu yang pada asalnya membabitkan kehilangan besi lurang (penutup longkang), papan tanda jalan, besi penghadang jambatan serta skru dan plat penyambung landasan kereta api, kini perbuatan itu beralih dengan mencuri skru menara kabel voltan tinggi.
Dalam kejadian kelmarin, sebuah menara kabel voltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) tumbang, kejadian kedua dalam bulan ini, sekali gus menyebabkan 25,000 pengguna kegelapan di beberapa kawasan di Johor.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusuf Abdul Rahman, berkata pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan mengejut bagi mengesan daripada mana sumber besi lusuh itu diperoleh.
Beliau berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana kegiatan mencuri besi kini sudah semakin serius dan boleh membahayakan nyawa orang awam, terutama kehilangan besi penghadang jalan, papan tanda jalan dan penutup longkang.
�Usaha membanteras kegiatan mencuri besi perlu dilaksanakan secara agresif dan ini turut memerlukan kerjasama semua pihak kerana harga besi kini meningkat sehingga RM2 atau RM3 sekilogram berbanding sekitar 40 sen hingga 60 sen sekilogram sebelum ini,� katanya.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home