NGO bantah cadangan TNB naik kadar tarif
BERITA HARIAN
Berita Nasional
KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan kadar tarif elektrik dalam keadaan pengguna dibebani kenaikan harga barangan semasa.
| |
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata TNB sepatutnya tidak terlalu terikut-ikut dengan aliran semasa kerana tindakan menaikkan tarif elektrik akan memberi kesan besar terhadap pengguna dan masyarakat.
�TNB sebenarnya boleh mengkaji menggunakan sumber baru dan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap petroleum,� katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Semalam, TNB dilaporkan mengesahkan untuk menaikkan kadar tarif elektrik dan akan menghantar kertas cadangan mengenainya untuk pertimbangan kerajaan.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Che Khalib Mohd Noh, bagaimanapun tidak menyatakan bila pihaknya akan menghantar cadangan berkenaan sambil menyatakan banyak keadaan perlu diteliti terlebih dulu.
Dr Maamor, berkata TNB perlu meneliti banyak perkara sebelum melaksanakan tarif baru kerana beban yang diterima pengguna ketika ini masih meruncing.
�Pengguna sudah pun dibebani dengan kenaikan harga barangan terutama petroleum hingga mengakibatkan peniaga menaikkan harga barangan keperluan secara mendadak.
�Justeru sebagai organisasi yang mementingkan tanggungjawab sosial, TNB perlu memikirkan pelbagai kesan negatif berikutan kenaikan harga pelbagai barang keperluan ketika ini,� katanya.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Shaani Abdullah pula mahu TNB memberi penjelasan sewajarnya sebelum membuat kenaikan.
�Walaupun negara terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga petroleum dunia, tidak bermakna TNB juga perlu mengambil tindakan tergesa-gesa menaikkan kadar tarif,� katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Norizan Sharif mahu TNB menangguhkan kenaikan tarif sehingga isu kenaikan harga barangan yang membelenggu pengguna ketika ini reda.
�Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB tidak seharusnya terlalu ghairah mengambil tindakan berdasarkan keadaan semasa ekonomi yang berlaku tetapi dalam masa sama perlu memikirkan kepentingan masyarakat dan pengguna,� katanya.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home